Nak cepat naik rank dalam MLBB? Salah satu cara paling simple ialah pilih hero yang senang dimainkan. Tak payah pening kepala dengan mekanik tinggi, yang penting boleh push rank sampai Mythic atau lebih!
Sekarang ni dah ada lebih 100 hero dalam MLBB. Memang banyak gila pilihan, tapi tak semua susah. Ada beberapa hero yang mesra pemain baru mahupun lama, sebab skill set dia mudah nak faham, tapi tetap bagi impak besar untuk team.
Apatah lagi lepas reset season, kita semua nak grind balik ke Mythic tanpa susah payah. Dengan adanya fitur pilih role sebelum masuk ranked, senang la nak standby hero sesuai ikut posisi.
Jom tengok senarai hero paling senang dimain yang confirm boleh tolong korang push rank!
BACA JUGA: Build Kalea Tersakit Mobile Legends, Hero Support META!
Gatotkaca
Hero tank/fighter ni memang fleksibel – boleh jadi roamer, EXP laner, atau kalau terdesak pun boleh jadi jungler. Skill dia straight forward, cuma ulti Avatar of the Guardian perlukan timing cun sikit. Dengan CC dari ulti dan skill 2, ditambah pulak damage dari skill 1 + pasif, Gatotkaca senang je nak tahan depan lama.
Kalea
Hero support/fighter yang tengah hot kat scene kompetitif. Fleksibel untuk roamer atau EXP laner. Paling best, skill dia senang nak guna tapi boleh bagi impak besar untuk team. Skill 2 + ulti (Tidal Strike + Tsunami Slam) boleh culik carry musuh. Pasif + skill 1 pun boleh bagi sustain dan damage. Nak lari? Ada escape mechanism jugak!
Zhuxin
Untuk mid lane, Zhuxin antara pilihan paling chill. Skill dia tak complicated, cuma kena pandai positioning. Skill 2 (Lantern Flare) bagi damage + CC, lepas tu boleh combo dengan skill 1 untuk slow. Kalau kena kejar musuh, ulti (Crimson Beacon) bagi shield + blink, cukup untuk survive. Kalau nak lebih selamat, bawa Flicker atau Purify.
Baxia
Hero tank ni memang keras gila. Pasif dia (Baxia Mark) kurangkan damage dari musuh. Skill 2 boleh spam bagi damage berterusan, skill 1 buat dia pusing laju satu map – sesuai sangat untuk roamer/jungler. Ulti pulak (Tortoise’s Puissance) bagi slow + damage area sambil boost speed dan reduce damage. Simple tapi menyakitkan musuh!
Granger
Lepas revamp, Granger makin senang nak main. Marksman ni sesuai jadi gold laner atau jungler. Tak lagi bergantung sangat pada cooldown – asalkan jaga stack energy, boleh spam skill 1 (Rhapsody) + ulti (Death Sonata). Skill 2 (Rondo) bagi dash + buff basic attack, senang nak kejar atau lari. Damage output dia padu, musuh confirm pening.
Penutup
Itu lah 5 hero MLBB paling senang dimainkan sekarang. Bukan setakat mudah, tapi semua ni tengah meta jugak.
Lagi best, hero-hero ni ada skin lawa gila yang sayang kalau tak collect. Jadi, kalau nak beli skin atau top up Diamond MLBB – jangan lupa singgah RRQ TopUp ya!