Kalau kau jenis suka main role tank dalam Marvel Rivals, Season 3.5 ni memang ada banyak perubahan menarik. Dari buff, nerf sampai rework, ada beberapa Vanguard (tank) yang naik ranking dan ada jugak yang jatuh teruk. Jom kita tengok siapa yang masih OP, siapa yang jadi pilihan niche, dan siapa yang kena struggle untuk relevan lagi.
BACA JUGA: Panduan F2P Lineage2M: Boleh Enjoy Tanpa Belanja?
C-Tier: “Bukan Lagi Dewa”
Thor
Ramai yang terkejut bila Thor kena rework besar masa Season 2.5. Dari gaya brawler klasik, sekarang dia lebih ke arah DPS Tank dengan Awakened State yang hampir kekal. Masalahnya, state ni buat dia jadi lembab gila dan senang sangat diburst. Patch mini baru-baru ni bagi option untuk cancel Awakened State, tapi jujurnya belum cukup untuk ubah meta. Buat masa ni, Thor dah hilang aura “God of Thunder” dia.
B-Tier: “Okay Tapi Tak Best”
The Thing
Walaupun dah kena buff, The Thing masih belum jadi pilihan utama. Ultimate dia biasa-biasa je, dan bila banding dengan Hulk, Magneto, atau Captain America, memang tak ada alasan kuat nak pick dia.
Venom
Venom ni pelik sikit. Dia tak lemah, tapi jugak tak ada sebab besar nak guna. Ult dia kurang impak, kill pressure rendah, dan tak ada synergy team-up yang power. Dive comp pun lagi prefer Cap berbanding Venom. Tapi jangan salah, player mahir masih boleh buat kerja dengan dia.
A-Tier: “Masih Relevan, Tapi Bukan Top”
Captain America
Cap dah turun sikit sebab dive tank dah tak sekuat dulu. Walaupun begitu, dia masih ada value dengan kemampuan stall dan ganggu backline lama-lama. Tapi selain tu, dia agak terbatas.
Peni Parker
Naik popular lepas synergy dengan Rocket. Dengan Spider-Nest tambahan yang bagi armor pack, dia jadi alat penting untuk kawal kawasan besar. Dalam meta banyak diver sekarang, Peni memang counter pick yang padu.
Doctor Strange
Strange masih kukuh dengan portal + ultimate dia. Sesuai jadi anchor tank yang fleksibel, dan damage dia bahaya untuk healer. Cuma masalah bila kena high-damage comp—bila shield pecah, memang susah nak recover.
S-Tier: “Raja Tank Musim Ni”
Groot
Buff kecil + team-up dengan Mantis terus letak Groot kat atas. Extra wall yang bukan je block tapi heal, plus range serangan yang lebih luas, memang buat dia jadi tank terbaik sekarang. Confirm S-Tier.
Hulk (Bruce Banner)
Hulk masih OP walaupun ban rate dia dah turun sikit. Mobiliti dia buat dia jadi brawler tank paling kuat dalam game sekarang. Lawan susah nak lock dia, dan dia boleh dominate frontline dengan mudah.
Magneto
Tak kena apa-apa perubahan, so dia kekal antara yang terbaik. Shield dia lebih praktikal berbanding Strange, terutama lawan hero macam Wolverine. Ult dia pulak terus jadi mimpi ngeri untuk Cloak & Dagger.
Emma Frost
Walaupun dah banyak kali kena nerf, Emma Frost masih jadi “Queen of S-Tier.” Dengan survivability, shield, crowd control, dan anti-dive yang kuat, memang susah nak cari kelemahan dia. Kalau nak tank yang all-around solid, Emma jawapannya.
Penutup
Meta Vanguard Season 3.5 ni jelas tunjukkan peralihan dari dive tank ke anchor/special tank. Groot, Hulk, Magneto, dan Emma Frost kekal dominan di atas, sementara Cap, Peni, dan Strange masih boleh beri value. Thor pula… well, dia kena “learn to play again” dulu.
Kalau kau tank main, musim ni memang tentang kawalan map, sustain, dan team synergy—bukan semata-mata terjun belasah.
Nak push rank lebih lancar? Pastikan kau ready dengan semua battle pass & bundle. Top up Marvel Rivals hanya di RRQ TopUp, platform rasmi dan paling trusted buat gamers.