Lepas meletupnya Black Myth: Wukong, studio Game Science kini umumkan game seterusnya dalam siri ni – Black Myth: Zhong Kui. Kali ni, korang akan main sebagai Zhong Kui, dewa Taoist legenda yang digelar sebagai “King of Ghosts”. Dia bukan sekadar pahlawan, tapi juga hakim yang berkuasa ke atas ribuan makhluk ghaib. Seram + epik!
Dari Wukong ke Zhong Kui
Kejayaan Wukong memang gila – 10 juta copy laris dalam tiga hari. Tak hairanlah Game Science nak kembangkan lagi dunia ni dengan watak mitos lain. Tapi jangan excited sangat dulu, sebab game ini masih dalam peringkat awal produksi. Belum ada tarikh release pun. Untuk pemain Xbox Series X|S, Wukong akan sampai kat platform tu pada 20 Ogos 2025.
BACA JUGA: Build Lukas Hyper Ini Buat Musuh Tak Sempat Bernafas!
Mitologi Zhong Kui – Si Penunduk Hantu
Zhong Kui (鍾馗; pinyin: Zhōng Kuí) ialah dewa Taoist dalam mitologi Tiongkok yang terkenal sebagai penunduk hantu dan roh jahat. Dia digambarkan sebagai lelaki besar dengan janggut hitam lebat, mata terjojol, dan muka garang. Uniknya, dia mampu perintah 80,000 syaitan untuk lakukan apa sahaja yang dia nak, dan sering dikaitkan dengan simbol lima kelawar tuah.
Kisahnya menyebar luas ke budaya lain termasuk Korea (종규, Jonggyu), Jepun (Shōki), dan Vietnam (Chung Quỳ). Malah, di Tiongkok, gambar Zhong Kui sering dilukis pada pintu rumah atau kedai sebagai penjaga daripada roh jahat. Dalam seni dan media popular pun, imej dia kerap muncul.
Kisah Tragis Jadi Raja Hantu
Folklor cerita macam ni: Zhong Kui pergi ke ibu kota Chang’an untuk ambil peperiksaan kerajaan bersama kawan baiknya, Du Ping. Dia sebenarnya berjaya dapat gelaran tertinggi “Zhuangyuan”, tapi dirampas oleh maharaja sebab wajahnya dianggap hodoh dan cacat.
Marah tak terkawal, Zhong Kui bunuh diri dengan hentak kepalanya ke pintu istana sampai pecah. Du Ping kemudian uruskan pengebumiannya. Lepas mati, hakim alam bawah (Yanluo Wang) nampak kebijaksanaan dan potensi besar Zhong Kui, jadi dia diberi gelaran “Raja Hantu” dan ditugaskan kawal, tangkap, serta disiplinkan semua roh.
Cerita lain kata, pada malam Tahun Baru Tiongkok, Zhong Kui sempat kembali ke kampung asal untuk balas jasa Du Ping – dengan mengahwinkan adiknya kepada Du Ping.
Jalan Cerita Dalam Game
Dalam Gamescom Opening Night Live 2025, Geoff Keighley sendiri yang perkenalkan game ni, siap describe Zhong Kui sebagai “dewa penangkap hantu yang merayau antara Neraka dan Bumi.” Game ni diinspirasi kisah Zhong Kui Banishing Evil, jadi expect lawan supernatural creepy habis, sambil explore dunia purba gelap penuh mistik.
Game Science kata gameplay akan ada ciri unik tersendiri, plus mereka akan perbaiki benda-benda yang rasa masih kurang dalam Wukong.
Kata Game Science
Mereka siap bagi teaser puitis yang highlight Zhong Kui bukan saja pejuang, tapi hakim yang guna pedang untuk tentukan betul salah. Belum ada gameplay tunjuk, tapi confirm Black Myth: Zhong Kui ialah single-player action RPG rooted dalam fantasi Tiongkok.
Apa Lepas Ni?
Masih awal lagi untuk nampak gameplay sebenar. Tapi sementara tu, Wukong masih terus hidup – ada hint kemungkinan DLC atau content baru akan datang. So, dua-dua game ni boleh jadi hype besar untuk tahun-tahun akan datang.
Kesimpulan:
Dengan kisah asal yang tragis tapi heroik, kuasa legenda, dan imej garang, Black Myth: Zhong Kui nampak macam calon kuat untuk jadi sekuel blockbuster. Kalau Wukong dah bawa mitos Tiongkok ke tahap global, Zhong Kui pula boleh tambah layer gelap dan penuh makhluk ghaib ke dalam siri ni.
Kalau kau belum sempat main Wukong, atau kau memang minat nak layan game AAA kat PC ataupun PlayStation, senang je — guna RRQ TopUp. Kat sini kau boleh beli wallet paling murah, cara paling senang, dan siap ada money back guarantee lagi. Confirm tak rugi!